Friday, September 19, 2008

Pengenalan Muzik Gambus

Gambus adalah sejenis alat muzik bertali yang mempunyai 11 hingga 12 jalur talinya(strings).
Alat muzik ini berbentuk oval pada permukaannya.Muzik gambus ini dibawa oleh pedagang Arab berasal dari Arab Parsi sekitar tahun 1800 popular di Tanah Melayu dan berkembang di Negeri Johor.Alat muzik ini biasanya dimainkan dalam muzik ghazal.Kesenian ini diwarisi dengan adanya perkahwinan campur antara orang Melayu dan pendatang Arab tersebut. Permainan alat muzik gambus ini biasanya terdapat dalam kumpulan muzik Ghazal.

2 kumpulan ghazal terdapat di Malaysia:
1. Ghazal Johor (Selatan tanah air)
2. Ghazal Pati (Utara tanah air)

Jenis-jenis alat muzik gambus yang terdapat di Malaysia.
1. Gambus Arab/Johor
2. Gambus Hijjaz @ Gambus Seludang
3. Gambus Iran

GAMBUS biasanya dimainkan dalam persembahan ghazal dan mengiringi persembahan muzik Zapin terutamanya muzik ghazal Johor. Dalam kumpulan Ghazal Pati, muzik yang dimainkan adalah yang berunsurkan lagu –lagu Arab dan Hindustan. Terdapat juga gambus Arab yang biasanya dimainkan dalam muzik Samrah dan Hamlulok.

Alat iringan Ghazal Johor
• Gambus
• Violin
• Harmonium
• Guitar
• Tabla
• Mandolin
• Jidur/duff
• Tamborin/Maracas

Alat iringan Ghazal Pati
• Gambus
• Accordion
• Gitar
• Mandolin
• Flute
• Bonggo/drum/congga
• Tamborin/maracas
• Double bass/bass elektrik
• Keyboard

Ghazal Samrah /Arab
• Gambus
• Accordion
• Mamas(gendang 2 muka)
• Dop(gendang besar)
• Bonggo

Fungsi alat muzik
• Gambus- melodi
• Harmonium-melodi & chord
• Violin- melodi
• Gitar- chord/ melodi
• Mandolin- chord dan melodi
• Flute-(melodi)
• Bonggo beat /tempo

4 comments:

mbikejbc said...

Wah... Cantik blog awak nie... Teruskan update

SYED MOHD NOOR said...

BANYAKKAN LAGI KOLEKSI LAGU LAGU GHAZAL BEST NI.

act_designstudio said...

http://www.youtube.com/watch?v=eq178tSVxK4&feature=related
try this

Azlan said...

Salam, Sdri Nadia,

Nama saya Azlan. Saya mewakili Prestige Communications Sdn Bhd, sebagai penterjemah artikel-artikel majalah Jabatan Warisan Negara. Kami menterjemah artikel dar BM-ENG dan juga ENG-BM, jika perlu. Kami juga meng-edit artikel BM pihak Jabatan.

Bolehkah Sdri. Nadia terangkan kepada saya maksud perkataan 'PATI' di dalam 'GHAZAL PATI'. Asal perkataan (India atau Arab, atau Parsi, dll) dan maksudnya sekali.

(Ada pihak yang mengejanya sebagai 'PARTI').

Saya boleh dihubungi di azlanramli@gmail.com.

Terima kasih.